Persoalan yang berkaitan dengan AMTC

1. Apakah perkhidmatan & produk yang menjadi teras perniagaan AMTC?

Perkhidmatan – AMTC menawarkan perkhidmatan latihan & pensijilan usahawan mutawwif profesional, khidmat perundingan Umrah & Haji, seminar & kursus keusahawanan, badal haji dan tempahan pakej Umrah melalui panel konsortium. 

Produk – AMTC menjadi hub bagi mengedarkan produk-produk & kelengkapan ibadah Umrah & Haji.

2. Apakah KEPAKARAN AMTC berbanding syarikat lain yang terlibat dalam industri Umrah & Haji?

AMTC menawarkan peluang kerjaya dalam industri Umrah & Haji kepada semua umat Islam melalui platform USAHAWAN AMTC.

Kepakaran AMTC ialah membantu usahawan, bakal usahawan serta umat Islam yang berminat membina kerjaya dalam industri Umrah & Haji, meningkatkan pendapatan sampingan mereka melebihi RM10K setiap bulan dengan sistem & Strategi Lautan Biru kami yang telah terbukti BERJAYA! 

KEPAKARAN AMTC juga meliputi perkara-perkara berikut:

i. Memberikan penyelesaian kepada umat Islam yang ingin ke Tanah Suci, tetapi kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah bukan sekali malahan boleh pergi setiap tahun.

ii. Memberikan penyelesaian kepada umat islam yang ingin mengerjakan haji secara pantas tanpa menunggu masa yang terlalu panjang, antara 89 – 102 tahun.

iii. Menyediakan platform kerjaya kepada seluruh umat Islam yang sibuk. Mereka boleh melakukan perniagaan ini secara ‘worksmart’ serta berpotensi mendapat pendapatan berterusan.

3. Adakah terdapat jaminan terus menjadi mutawwif sekiranya telah menyertai kursus kursus Mutawwif ?

Seperti institusi pengajian tinggi yang lain, AMTC juga tidak dapat memberi jaminan graduan yang mengikuti kursus dari AMTC akan terus diserap oleh travel agensi untuk menjadi mutawwif/mutawwifah. 

Namun begitu, sijil yang diperolehi adalah sebagai bukti bahawa graduan tersebut telah mempunyai ilmu asas dalam industri Umrah/Haji dan ilmu berkaitan pengurusan Umrah, sekaligus memberi keyakinan kepada pihak travel agensi samada untuk mengambil graduan itu sebagai mutawwif syarikat mereka atau tidak. 

Di samping itu juga, mutawwif/mutawwifah mestilah aktif dan bijak mencari peluang-peluang untuk menjadi pembimbing (mutawwif) Umrah/Haji yang ditawarkan oleh agensi travel.

4. Bagaimana untuk menyertai peluang kerjaya di AMTC?

AMTC membuka peluang kepada semua umat Islam yang berminat untuk menjadi usahawan AMTC bagi mempromosikan perkhidmatan latihan & pensijilan usahawan mutawwif profesional serta kursus keusahawanan yang meliputi:-

a. Kerjaya sebagai Konsultan Bertauliah (KB)

b. Kerjaya sebagai Biz Partner (BP)

5. Saya difahamkan bahawa AMTC diwujudkan bagi membantu menyelesaikan beberapa isu Umat Islam yang berimpian ke Tanah Suci. Jadi apakah sebenarnya masalah UTAMA yang menjadikan ramai Umat Islam masih belum menunaikan Umrah/Haji?

Menurut kajian yang pihak AMTC jalankan, isu UTAMA yang menjadikan ramai Umat Islam masih belum menunaikan Umrah/Haji ialah masalah KEWANGAN. Justeru kami sangat yakin, jika masalah kewangan ini dapat diatasi, maka lebih ramai lagi umat Islam akan dapat menunaikan Umrah. Mereka yang berimpian tetapi tiada jalan/platform perlu diberikan bimbingan kerjaya berterusan bagi membantu merealisasikan impian mereka menunaikan Umrah setiap tahun & Haji di usia muda. 

Motto kami : Umrah seawal 3 bulan

6. Mengapakah saya perlu menjadi Konsultan Bertauliah (KB) AMTC ?

Setiap umat Islam pasti bercita-cita untuk mengerjakan ibadah Umrah/Haji setiap tahun jika diberi peluang, tetapi isu kewangan menjadi masalah utama untuk pergi ke Tanah Suci. Oleh itu, jalan paling mudah adalah dengan menjadi mutawwif (dengan jemputan travel agensi), di samping menyantuni Jemaah Umrah/Haji, mutawwif juga dapat mengerjakan ibadat di sana. 

Keistimewaan KB tidak hanya menjadi mutawwif, malahan peluang menjadi usahawan industri Umrah & Haji terbentang luas dan mampu menjana pendapatan berterusan. KB juga diberi konsultansi bisnes percuma selagi mana KB bergiat aktif dalam industri ini.

7. Jadi, siapakah target market/pasaran AMTC dalam industri ini?

Secara Amnya semua Umat Islam adalah target kami di dalam industri ini. Skopnya dapat dijelaskan seperti butiran dibawah:-

i. Mereka yang berkemampuan untuk menunaikan umrah & haji

ii. Mereka yang kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah & haji

iii. Mereka yang inginkan kerjaya duniawi & ukhrawi

iv. Mereka yang berpengalaman ke tanah suci

v. Mereka yang ingin menambah pendapatan walaupun sibuk

8. Siapakah yang bertanggungjawab dalam memberi bimbingan & latihan dalam kursus AMTC dan adakah beliau berkelayakan dalam bidang Umrah dan Haji?

AMTC memilih jurulatih-jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman dalam bidang Umrah/Haji, keusahawanan dan perniagaan. Mereka akan melatih dan sentiasa memberi bimbingan yang berterusan kepada semua usahawan & bakal-bakal mutawwif AMTC yang sah.

9. Adakah syarat-syarat tertentu yang diperlukan untuk menjadi Konsultan Bertauliah atau Speaker AMTC seperti memerlukan kemahiran dalam Bahasa Arab dan hanya terdiri golongan para ulama yang tinggi ilmu agamanya?

Tiada spesifikasi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi Konsultan Bertauliah atau Speaker di AMTC selain yang telah dinyatakan. Pihak AMTC hanya menggalakkan lebih ramai umat Islam yang betul-betul berminat dan menjadikan AMTC sebagai platform kerjaya untuk merealisasikan impian menunaikan Umrah dan Haji dalam usia yang muda. Umur seawal 18 tahun .