KEPAKARAN AMTC ADALAH MEMBANTU MEREALISASIKAN IMPIAN SEMUA UMAT ISLAM UNTUK MENJADI TETAMU ALLAH SETIAP TAHUN SERTA MENUNAIKAN FARDHU HAJI DI USIA MUDA

Tentang

MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY SDN. BHD. atau lebih dikenali sebagai AMTC merupakan sebuah platform penyediaan latihan khususnya dalam bidang Haji & Umrah yang telah   bertapak sejak tahun 2011  dalam  menyediakan latihan bermodul lengkap ibadah Haji dan Umrah kepada Mutawwif di seluruh pelusuk Malaysia. 

Pihak AMTC menyediakan latihan  yang mempunyai perincian mengikut skop tertentu seperti : Asas Mutawwif, Pengurusan Haji & Umrah, Pengurusan Usahawan & Kerjaya, Motivasi Umrah & Haji, Kefahaman teori & amali perlaksanaaan Haji & Umrah. Slot latihan yang disediakan pihak AMTC akan dikelolai oleh tenaga pengajar yang mahir dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam bidang Haji & Umrah. Perlaksanaan  modul pembelajaran yang digunakan adalah sistematik dan  mengikut panduan semasa dalam industri Haji & Umrah bagi memastikan pengisian yang diperolehi oleh peserta seiring dengan pengetahuan yang diselaraskan mengikut keperluan industri Haji & Umrah.

Pihak AMTC  juga telah melahirkan lebih 5000 orang graduan Mutawwif  yang telah mengikut program pensijilan secara Intensif. Mutawwif  yang dihasilkan oleh pihak  AMTC sebelum ini telah mendapat banyak tawaran sebagai Mutawwif daripada agensi pelancongan secara sepenuh masa mahupun sambilan. Selain itu, Mutawwif  AMTC  lebih berketerampilan dan  berkeyakinan dalam menyampaikan ilmu dalam bidang Haji & Umrah kepada masyarakat.

VISI

Menjadi Peneraju Platform Usahawan & Latihan Mutawwif No. 1 Malaysia

MISI

Menyediakan platform latihan bagi melahirkan tetamu Allah yang berilmu, mutawwif bertauliah serta

 usahawan yang profesional dalam industri umrah & haji.

OBJEKTIF

1. Merangka dan menyelaras modul latihan yang lengkap, berimpak tinggi & bersistematik.

2. Berkolaborasi dengan tenaga pakar dalam industri Umrah & Haji di IPTA, IPTS serta agensi Kerajaan & Badan Korporat.

3. Membangun sistem perniagaan yang mudah & efektif bagi semua lapisan masyarakat.

PENERAJU UTAMA

BOARD OF DIRECTORS

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( PKNS ) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor ( 1964 ) sebagai sebuah badan berkanun dan agensi pembangunan negeri Selangor.

Penubuhannya bertujuan untuk mengisi kemerdekaan negara menerusi pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar-dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor.

Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR
(PKNS)

CEO & FOUNDER

US.HAJI ABDULLAH A.R.S

 

Mendapat pendidikan agama di Maahad Al-Ahmadi Al-Islami Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang. Kemudian beliau menyambung pelajaran di universiti yang sama dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dan telah ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Wilayah Persekutuan pada tahun 2008. Beliau merupakan seorang yang komited dan berwawasan tinggi. Pernah menyandang jawatan sebagai penasihat undang-undang di sebuah jabatan kerajaan sebelum melepaskan jawatan tersebut untuk terjun ke bidang perniagaan. Berpengalaman lebih 10 tahun di dalam industri takaful, badal haji dan wasiat Islam. Beliau banyak mengikuti program-program keusahawanan dan pemasaran strategik. Beliau adalah “graduan”  klinik keusahawanan Dr. Azizan Osman serta merupakan Certified Spiritual-NLP Practicional (NFNLP, USA) dan Professional Learning Facilitator (PLF). Kini beliau merupakan Pengarah Urusan di AMTC Group of Companies.

• LLB (HONS) IIUM, LLB (HONS) SYARIAH IIUM

• Certified Spiritual NLP Practioner (NFNLP-USA)

• Train The Trainer Certification, University of Life

• Professional Learning Facilitator (PLF)

• Alumni Public Speaking Mastery (PSM)

PENGARAH PENTADBIRAN

PN. HJH. MASRIYAH BT MAT JUSA

 

Mendapat pendidikan agama  di Maahad Al-Ahmadi Al-Islami Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka. Seterusnya melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dalam jurusan Dakwah & Pembangunan Sumber Manusia. Berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kebajikan dan hal-hal kemasyarakatan di sektor kerajaan.

INFO

Nama Daftar

MUTAWWIF TRAINING & CONSULTANCY ACADEMY (AMTC) SDN. BHD. (976567-P)

Tarikh Penubuhan:

31 Januari 2012

Alamat Syarikat:

No. 9A, Wisma AMTC, Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Hubungi:

Tel: 03-8741 5604
Fax: 03-8741 5603

Jenis Perniagaan:

- Perkhidmatan Latihan
- Khidmat Perundingan
- Seminar & Kursus
- Kerjaya & Keusahawanan
- Jualan pakej umrah melalui kepelbagian agensi

CIMB BANK – 8602-657642